G-HAIR

GAMBAR menunjukkan sejumlah bungkusan plastik yang mengandungi janin di sebuah rumah mayat di Bangkok semalam.


BANGKOK - Polis Thailand semalam menemui lebih 2,000 janin dalam bungkusan plastik yang digugurkan secara haram di sebuah rumah mayat di sebuah kuil Buddha di Phya Krai, Bangkok.

Dua orang penjaga kuil mengaku menyembunyikan janin-janin itu di dalam tiga tempat simpanan yang berasingan. Kedua-dua penjaga itu mendedahkan, satu rangkaian klinik pengguguran telah mengupah mereka untuk menyimpan janin tersebut.

Namun, mereka tidak mengetahui bilangan janin yang telah disimpan di dalam rumah mayat tersebut.

"Di dalam sebuah bilik, kami telah menemui janin-janin. Kami kini membuka bilik yang seterusnya," kata Komander Polis Metropolitan Bangkok, Kolonel Sombat Milintajinda.

Sebahagian janin itu telah disimpan selama lebih setahun.

Penemuan itu menggemparkan Thailand, sekali gus menunjukkan situasi pengguguran bayi secara haram di negara berkenaan.

Kementerian Kesihatan menganggarkan daripada satu juta kehamilan, 80,000 bayi digugurkan secara haram.

Ketua penyiasat dari balai polis Phya Krai berkata, setakat ini seorang wanita berusia 33 tahun telah ditahan dan dia mengaku melakukan pengguguran secara haram.

Jenayah itu terbongkar apabila bilangan janin didapati meningkat semasa kerja-kerja pengubahsuaian kuil sedang dijalankan.

Dunia menjadi semakin teruk, lebih teruk dari zaman jahiliah. Ibubapa merupakan tunjang segala perlakuan anak-anak maka didiklah anak-anak agar mengenal mana pahala dan mana dosa. Renung-renungkan lah.

0 Responses

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails