G-HAIR
PUTRAJAYA: Seorang imam yang juga guru agama di dua surau di sebuah taman perumahan di Klang, Selangor, bukan saja selesa melakukan maksiat dengan bersekedudukan lebih sebulan dengan ‘buah hati’ di rumahnya, malah turut bijak menipu jemaah surau kononnya wanita berkenaan isterinya yang sah.
Kegiatan imam ‘nakal’ berusia 26 tahun terbabit terbongkar apabila sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu rumahnya, kira-kira jam 2 pagi kelmarin.


Sebelum serbuan, penguat kuasa Jais yang mendapat maklumat awam melakukan intipan dan siasatan lanjut mendapati rumah itu dihuni imam terbabit dan wanita berusia 27 tahun dipercayai kekasihnya dan menjadi pasangan ‘suami isteri’, sejak lebih sebulan lalu.


Walaupun pintu rumah terbabit diketuk berulang- kali, penghuninya mengambil tempoh lama kononnya tidak terjaga daripada tidur sebelum membuka pintu dan penguat kuasa mendapati pasangan itu sudah lengkap berpakaian.


Imam terbabit dipercayai menipu jemaah surau dan penghuni di taman perumahan itu dengan penampilan alim termasuk memberikan ceramah agama kepada warga emas di kedua-dua surau di taman berkenaan.


Bukan itu saja, imam terbabit yang mendakwa memiliki ilmu hasil pengajian di sekolah pondok selain dipercayai menggunakan taktik mencedok hasil ceramah tokoh agama terkenal dalam kaset dan cakera padat bagi meyakinkan orang ramai mengenai ketinggian ilmu agama dimiliki.


Putar belit imam muda terbabit semakin ‘menjadi’ apabila penghuni dan jemaah surau mudah mempercayainya selepas lelaki terbabit memberitahu wanita yang tinggal bersama di rumahnya adalah isteri yang sah.


Bagaimanapun, kegiatan tidak bermoral imam itu terbongkar selepas segelintir penghuni taman yang curiga membuat laporan kepada Jais yang mendapati wanita terbabit bukan isteri, tetapi teman wanita lelaki berkenaan dan sudah tinggal bersama tanpa ikatan sah.


Tanpa berselindung, Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik Jais, Shahrom Maarop, tidak menolak kemungkinan sudah berlaku hubungan kelamin di antara imam terbabit dengan teman wanitanya itu berdasarkan tempoh lebih sebulan mereka tinggal bersama di rumah itu.


Beliau berkata, apabila seorang lelaki dan wanita yang tidak ada hubungan sah berdua-duaan, sudah pasti ada iblis yang menggoda dan tidak masuk akal jika mereka tidak melakukan sebarang perbuatan tidak bermoral sepanjang lebih sebulan tinggal bersama di rumah itu.


“Kami sebenarnya hairan bagaimana seorang imam yang turut diberi kepercayaan mengajar agama di surau berkenaan boleh melakukan maksiat dan dan menipu orang ramai menggunakan penampilan alimnya.2010/05/27 metro


Disanjung tinggi dalam masyarakat, di hormati dikalangan umat. Namun dengan berstatus 'USTAZ' ada juga yang tidak betul perjalanannya. Dalam situasi ini kalangan ustaz akan di pandang rendah bukannya semua berperangai begini tapi kerana nila setitik rosak susu sebelangga...renung-renungkanlah.....

G-HAIR

FATIMA berbalah dengan seorang anggota polis agama selepas dia diminta menukar seluar jean yang dipakainya dengan skirt panjang di Kampung Lambalek, Aceh Barat semalam.


MEULABOH, Indonesia - Polis Islam di Aceh akan menerima 20,000 skirt panjang untuk diberikan kepada wanita yang melanggar etika pakaian Muslim, kata seorang pegawai, Ramli Mansur semalam.

"Mulai hari ini, saya akan menyerahkan kira-kira 20,000 skirt kepada polis syariah di Aceh Barat," katanya yang merupakan Ketua Daerah Aceh Barat.

Menurutnya, pesalah-pesalah wanita akan menukar seluar panjang dengan skirt panjang dan longgar jika polis syariah menangkap mereka.

Mansur berkata, pada suatu hari, dia terpaksa menjawab soalan daripada Tuhan apakah yang telah dilakukannya untuk menguatkuasakan undang-undang Islam.

"Kami akan meningkatkan serbuan terhadap pesalah undang-undang syariah di sini. Tuhan akan bertanya kepada saya untuk bertanggungjawab terhadap apa yang telah saya lakukan semasa saya berkhidmat di Aceh Barat," katanya.

Polis pencegah maksiat semalam menyoal 30 wanita mengenai pakaian yang dipakai mereka di sebuah kampung di Aceh Barat semalam.

"Apakah silapnya dengan pakaian saya? Undang-undang manakah yang telah saya langgar? Adakah saya seorang pengganas yang menyebabkan saya diminta menunjukkan kad pengenalan saya?" kata seorang wanita berumur 40 tahun, Fatima yang ditahan oleh polis agama.

Namun, protesnya tidak didengari dan dia menutup seluar jeannya dengan skirt yang dibawa dari rumah.

Polis agama itu tidak mempunyai kuasa untuk menangkap wanita kerana melanggar etika pakaian tetapi mereka diminta menukar pakaian yang tidak sesuai dengan ciri-ciri Islam. - AFP

Persediaan pemerintah dalam menjawab soalan yang akan diajukan kepadanya di akhirat nanti. Pemerintahlah orang pertama akan ditanya tentang tanggungjawabnya dalam menegakkan undang-undang islam....renung-renungkanlah.....

G-HAIR

Keadaan mayat bayi lelaki yang ditemui ditanam berdekatan Stesen Komuter Padang Jawa, Klang kelmarin.


SHAH ALAM - Dua lelaki terperanjat apabila melihat pancutan darah ketika mereka sedang menggali longgokan tanah yang rupa-rupanya tertanam mayat seorang bayi lelaki cukup sifat berhampiran Stesen Komuter Padang Jawa di sini kelmarin.

Mayat bayi dibaluti kain putih yang ditanam sedalam kira-kira 0.5 meter itu ditemui pukul 9.15 malam selepas kedua-dua mereka dimaklumkan mengenai penemuan longgokan tanah yang kelihatan seperti kubur oleh seorang pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Ketua Ikatan Relawan Rakyat (Rela) Mukim Bukit Raja, Kapten Roslan Yahya memberitahu, dia terus mengajak seorang sukarelawan polis, Nor Sharijan Mohd. Yusof untuk mengali tanah itu sebaik dimaklumkan mengenai penemuan tersebut.

"Ketika kami sedang mencangkul tanah tersebut, kami berdua terperanjat besar apabila ternampak pancutan darah dan selepas menggali sedalam 0.3 meter, kami nampak mayat bayi itu yang dibalut dengan kain lampin putih.

"Selepas diamati, bayi tersebut masih bertali pusat serta mempunyai anggota badan yang sempurna. Kami kemudian memaklumkan mengenai penemuan itu kepada polis," katanya di sini semalam.

Innalillahiwainna ilaihirajiun..Semakin hari semakin banyak kita dengar kes-kes seperti ini berlaku. Mana silapnya perkara seperti ini berlaku, pergaulan bebas menjadi agenda utama jika berlaku kes-kes seperti ini dan dimanakah puncanya yang sebenar. sama-samalah kita......renung-renungkanlah......

G-HAIR

KUALA LUMPUR: Kerana ingin mengaut keuntungan, ada pengusaha kafe siber di ibu kota membenarkan pelajar yang berpakaian seragam sekolah memasuki premis perniagaan mereka walaupun menyedari ia menyalahi undang-undang.

KUMPUL...pelajar berpakaian seragam sekolah di depan sebuah kafe siber di Jalan Ipoh.
KUMPUL...pelajar berpakaian seragam sekolah di depan sebuah kafe siber di Jalan Ipoh.
Tinjauan Metroplus di beberapa kafe siber mendapati premis berkenaan membenarkan pelajar yang memakai uniform sekolah memasuki premis itu sewenang-wenangnya.


Tinjauan di kafe siber di Jalan Ipoh di sini, jam 1 tengah hari hingga 2 petang, baru-baru ini mendapati kebanyakan pelanggan mereka terdiri daripada pelajar dengan majoritinya memakai pakaian seragam sekolah menengah.


Ketika tinjauan, kebanyakan pelajar asyik bermain permainan video dengan ada antara kafe siber mengenakan bayaran RM2 satu jam. Tidak ketinggalan, mereka turut menawarkan pakej istimewa dengan harga RM5 (tiga jam), RM7 (lima jam), RM8 (lapan jam) dan RM10 untuk 10 jam.


Difahamkan, terdapat lima sekolah iaitu masing-masing dua sekolah menengah dan tiga sekolah rendah di kawasan berkenaan. Penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai P K Chong, 38, berkata, hampir setiap hari dia melihat pelajar yang memakai seragam sekolah memasuki kafe siber sama ada berkumpulan mahu pun seorang diri.


Menurutnya, seawal jam 10 pagi kafe siber terbabit dikunjungi pelajar sekolah. Ada kalanya, mereka berkumpul di depan kafe siber sebelum memasuki pusat Internet berkenaan.


“Saya sering melihat pelajar keluar dan masuk ke dalam kafe siber terbabit. “Ada antara kafe siber terbabit pernah diserbu polis dan pihak sekolah, tetapi semuanya bersifat sementara apabila mereka terus membenarkan pelajar yang memakai seragam sekolah memasuki premis mereka,” katanya.


Chong berkata, isu ini tidak sewajarnya dipandang ringan dengan pemantauan pihak berkaitan perlu dilakukan dari semasa ke semasa supaya tidak menimbulkan gejala sosial pada kemudian hari.


Malah, katanya, kehadiran mereka bukan hanya membuang masa, tetapi membazir wang memandangkan kebanyakan mereka menghabiskan masa bermain permainan video dengan ibu bapa juga perlu memantau pergerakan anak mereka.

Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata pihak kafe siber tidak sewajarnya hanya mengutamakan keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira tanggungjawab mereka kepada masyarakat.


Beliau berkata, isu pelajar memakai seragam sekolah memasuki kafe siber tidak seharusnya berterusan kerana ia memberi kesan buruk kepada pelajar.


Dalam hal ini, katanya, pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mengenakan tindakan tegas seperti menggantung lesen kafe siber yang membenarkan pelajar memakai seragam sekolah memasuki premis mereka.


“Tindakan drastik dan kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa dan guru sangat diperlukan selain kesedaran pelajar itu sendiri.

“Selain membazir wang dan masa, kami bimbang masalah ini akan memberi kesan kepada peningkatan kes sosial membabitkan pelajar,” katanya ketika dihubungi. Metro 2010/05/21


Sipakah yang perlu dipertanggungjawabkan apabila keadaan ini berlaku, adakah pihak sekolah tidak terlibat? adakah pihak penguatkuasa tidak buat kerja? adakah ibubapa lalai dalam mendidik atau mengambilberat tentang kehidupan anak-anak mereka? Masing-masing ada peranan mereka tersendiri dan harus diingat soalan yang akan diajukan diakhirat nanti lagi berat dari di dunia ini jadi sama-samalah kita yang telah diberikan amanah dalam menjaga harta Allah bertindak dengan bijak agar tidak dihukum diakhirat nanti dengan perkara yang kita rasakan tidak begitu berat.....renung-renungkanlah.........

G-HAIR
Jika setiap ibu mengimpikan hanya yang terbaik untuk anak, Inul Daratista pula berdoa zuriatnya tidak mengikut jejaknya sebagai penyanyi.
pix_middle
SATU KEPALA...Jupe menjadi artis terbaru bernaung di bawah syarikat Inul.
SATU KEPALA...Jupe menjadi artis terbaru bernaung di bawah syarikat Inul.
Bagi ratu dangdut itu, adalah lebih baik Yusuf Ivander Damares membesar dengan kerjaya selain menjadi penyanyi.


"Saya berdoa Yusuf Ivander menjadi anak yang pintar dan mampu meneruskan bisnes keluarga, tapi tidak perlu menjadi artis," katanya.


Inul membuat kenyataan itu ketika meraikan tetamu yang datang untuk menyambut ulang tahun pertama anaknya di rumah mereka di Pondok Indah, Jakarta Selatan.


Inul, 31, mencipta populariti pada 2003 dan melakar status tersendiri sebagai penyanyi dengan identiti khasnya - Goyang Inul atau Gerudi.


Sejak mempamerkannya kepada umum, aksi gelek itu terus melekat dan sinonim kepadanya.


Inul lahir dengan nama Ainur Rokhimah dan kini bersuamikan Adam Susilo. Sebelum dangdut, Inul menjadi penyanyi sebuah kumpulan rock.


Selain menjadi penyanyi, kini Inul mengembangkan empayarnya dengan membuka sebuah syarikat pengurusan artis Indonesia.


Kata Inul, untuk sementara ini masanya lebih banyak ditumpukan kepada mengurus 'artis' yang paling istimewa dalam hidupnya, iaitu Yusuf Ivander.

Justeru, katanya, sejak 19 Mei tahun lalu, dia terpaksa mengurangkan aktiviti menyanyi dan leka memerhatikan anaknya itu membesar.


Katanya, setiap hari ada saja perlakuan Yusuf Ivander yang menghiburkan, menyebabkan dia terus mahu melihat perkembangannya dari semasa ke semasa.


"Jika perlu pun, saya membuat pemilihan teliti sebelum menerima sebarang tawaran menyanyi," katanya.


Sementara itu, mengenai dunia di belakang tabirnya, Inul berkata, dia berazam menjadikan syarikat itu benar-benar berjaya.

"Saya tak suka buat kerja separuh jalan," katanya.


Apabila mula beroperasi, artis pertama yang bernaung di bawahnya adalah selebriti muda dan seksi, Sheila Marcia.


Bagaimanapun, kerjasama mereka berakhir baru-baru ini apabila Inul enggan menyambung kontrak Sheila yang berakhir sebulan dua lagi.


Baru melahirkan anak luar nikah selepas dibebaskan dari penjara, Sheila diketepikan atas beberapa faktor.


Antaranya, kerugian besar ditanggung Inul ketika mahu mempromosi single Sheila, Damai Bersamamu.


Semuanya gara-gara Sheila, 20, disahkan hamil (hasil hubungan seks dengan penyanyi kumpulan Drive, Anji) dan keadaan diburukkan dengan pelaksanaan hukuman penjara kerana mengambil dadah.


Dia melahirkan bayi perempuan, nama Leticia Charlotte Agraciana Joseph, pada 24 Februari lalu dan mengumumkan rancangannya untuk tidak berkahwin dengan bapa biologi bayi itu.


Kata Inul, kerugian dialami syarikatnya hampir 100 peratus kerana promosi berkenaan langsung tidak berjalan.


Namun, rezeki Inul nampaknya terus subur.


Terbaru, Julia Perez (Jupe) pula bernaung di bawah syarikat berkenaan selepas meninggalkan syarikat lamanya, Le Moesiek, yang dimiliki bekas anggota kumpulan Ratu, Maia Estianty, Le Moesiek. Jupe, 29, memberi alasan dia serasi dengan Inul, selain mahu mencipta nama sehebat penyanyi dangdut itu.


Kata Inul, gembira dengan perkembangan syarikatnya, dia berazam mahu menjadi menjayakan bidang itu secara profesional.


"Sama ada sebagai penyanyi atau sekadar di belakang tabir, saya sentiasa mahu semuanya dijayakan dengan cemerlang," katanya. Metro 2010/05/25

Inilah yang dikatakn lumrah dunia, tidak ada seorang pun manusia ingin memilih jalan yang tidak elok untuk dirinya atau keturunannya. Mereka sering mencari yang terbaik dalam menempuh perjalanan hidup. Sama juga dalam memilih pasangan hidup sudah pasti bila ditanya seseorang tentang jodoh mereka inginkan yang terbaik untuk dirinya dan adakah pernah mereka terfikir dirinya itu yang terbaik untuk orang lain. Mereka juga inginkan zuriat yang baik-baik dan adakah mereka pernah terfikir dirinya itu adalah idola yang terbaik untuk zuriatnya....renung-renungkanlah......

G-HAIR
SELEPAS 25 tahun menghadapi pahit getir menguruskan perniagaan, kini Noraini Ahmad, 54, sudah boleh tersenyum lega kerana Noraini's Cookies diambil alih tiga daripada lima anaknya.
MESIN...semua biskut dihasilkan menerusi mesin canggih berteknologi tinggi.
MESIN...semua biskut dihasilkan menerusi mesin canggih berteknologi tinggi.

IBU DAN ANAK...Noraini bersama anak sulungnya, Dr Helmee Effendee bekerja keras memajukan perniagaan Noraini’s Cookies. PELBAGAI....antara produk yang dihasilkan Noraini’s Cookies.


IBU DAN ANAK...Noraini bersama anak sulungnya, Dr Helmee Effendee bekerja keras memajukan perniagaan Noraini’s Cookies.

Wanita kelahiran Sungai Manggis, Banting Selangor ini pernah berhasrat menjual Noraini's Cookies kerana mahu menumpukan perhatian kepada ibadat dan keluarga tetapi anak sulungnya Dr Helmee Effendee Norsham, sanggup berhenti kerja dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan.

Menurut Dr Helmee Effendee, apabila ibu menyatakan hasrat menjual jenama Noraini's Cookies, dia merasakan sangat terpukul. Sebagai anak sulung dia merasai kesusahan ibunya yang bekerja bertungkus-lumus memajukan perniagaan.
"Bayangkan 25 tahun ibu sanggup menghadapi semua cabaran dan mengapa sekarang mahu menyerah kalah? Sebab itu saya mengambil keputusan berhenti kerja walaupun ketika itu kerjaya saya sudah berada di puncak," katanya.


Selain Dr Helmee Effendee, anak kedua, Hezir Effez Norsham, berkelulusan kejuruteraan komputer sanggup melepaskan jawatan sebagai jurutera semata-mata menguruskan enam kilang di Kazakhstan yang memasarkan sosej, spageti, mi segera dan piza. Anak ketiga pula, Hezlee Ezha Norsham ditugaskan menguruskan akaun syarikat.


Menceritakan pembabitan awal dalam perniagaan, menurut Noraini, pada 1984 dia bermula secara kecil-kecilan dengan menjual kain ela dan pinggan mangkuk. Selepas melahirkan anak ketiga, Noraini mengambil keputusan berhenti kerja kerana menghadapi masalah ketiadaan pembantu rumah.


"Ketika itu saya tercari-cari pekerjaan sesuai untuk mencari sumber pendapatan membantu suami. Disebabkan minat memasak, saya mula membuat nasi lemak, bihun goreng dan kuih-muih untuk dibawa ke pejabat suami.


"Pada masa itu tidak terlintas langsung untuk mengembangkan perniagaan sehingga rakan suami memberi rasa kuih tradisional saya kepada seorang chef di sebuah hotel di Petaling Jaya.


"Selang beberapa hari, chef terbabit meminta saya membawa beberapa contoh kuih," katanya.

Dengan sambutan yang sangat menggalakkan pada 1984, Noraini's Enterprise ditubuhkan dengan membekalkan kuih-muih kepada 14 hotel sekitar Lembah Klang. Semua proses pada masa itu dilakukan di belakang rumah dengan bantuan 14 pekerja.


Oleh kerana semakin penat dengan tempahan yang banyak pada 1992, Noraini mengubah cara perniagaan dengan menjual kuih raya. Tahun pertama, banyak tempahan diterima sehingga memaksa dia mengambil empat pekerja untuk menghasilkan biskut raya.


"Alhamdulillah biskut saya mendapat sambutan. Bermula dengan dua biskut, lama-kelamaan berjenis-jenis biskut dihasilkan.


"Dari situ saya terfikir untuk menjalankan perniagaan biskut. Apatah lagi, risikonya tidaklah sehebat berniaga kuih basah. Walaupun bermusim, kepuasan dan penatnya berbaloi," jelasnya.

Sejak hari itu, Noraini menjalankan perniagaan biskut sehingga memasuki pasar raya besar seluruh negara. Ini membina keyakinan pelanggan sehingga dia mendaftarkan Noraini's Enterprise Sdn Bhd dengan memasarkan biskut di pasar raya, pasar malam dan pasar Ramadan.


Namun pada 1998, kegawatan ekonomi menyebabkan semua biskut yang dihasilkan tidak terjual sehingga Noraini kerugian besar.


Bagi menampung sumber kewangan, Noraini beralih kepada menjual perniagaan baulu dan kek di Plaza Angsana, Johor Bahru. Kemudian dia menubuhkan Noraini's Fresh Bake dengan menjual menu seperti roti jala, aneka laksa, mi dan nasi lemak.


"Bermula dari situ saya ilhamkan pula Noraini's Laksa Paradise dengan menghasilkan 11 produk antaranya asam pedas, kari ikan, sambal tumis, aneka laksa, rendang, mi bandung dan mi kari. Tahun lepas, syarikat kami menghantar produk ke Jepun dan diubahsuai dalam bentuk pes kepada serbuk. Idea ini saya dapat semasa menunaikan haji di Makkah kerana mahu menikmati pelbagai juadah secara mudah dan segera serta sedap," katanya.


Tidak cukup dengan itu, Noraini melangkah setapak lagi dengan menubuhkan Noraini's Farm House Sdn Bhd yang memasarkan produk rempah campuran. Lebih membanggakan apabila bahan mentah dihasilkan sendiri dengan adanya ladang seluas tiga ekar di Ijok, Perak yang ditanam dengan serai, lengkuas, halia dan beberapa sayuran lain.


"Kepelbagaian jualan ini membuatkan saya semakin bersemangat. Saya sentiasa berfikir mencari produk baru yang tidak ada di pasaran selain menggunakan teknik terkini menerusi pembelian mesin membuat biskut lebih canggih dan cepat. Penggunaan teknologi ini dapat mengurangkan pekerja dan menjimatkan kos," katanya yang kini sudah menghasilkan 50 jenis biskut di pasaran dan terus mencari pelbagai resipi.


Melihat perwatakan tegasnya, menurut Noraini, didikan keluarga sejak kecil banyak membentuk dirinya menjadi seperti sekarang. Sebagai anak tunggal perempuan, ayah sangat mementingkan disiplin dan peribadi manakala ibu sangat tegas mendidik dengan kerja di dapur yang diterapkan seawal usia lapan tahun. Sedikit sebanyak ini dapat membina keyakinan diri serta bersemangat melakukan apa sahaja diberikan keluarga.


"Sebagai anak perempuan tunggal, saya terbiasa dengan tugasan di dapur. Sungguhpun ayah seorang pendidik dan emak suri rumah sepenuh masa, mereka berdua pakar dalam bidang masakan.


"Apabila ada kenduri, merekalah yang dipanggil untuk memasak. Mungkin dari situ, saya mendapat tunjuk ajar berguna berkaitan ilmu masakan," katanya.


Sejak bertapak sehingga sekarang, banyak cabaran yang terpaksa dihadapinya terutama ketika berhadapan kegawatan ekonomi apatah pula, dengan suami yang sudah berhenti kerja serta tiada pengaliran wang tunai di tangan. Malah untuk mendapatkan pekerja tetap juga menjadi masalah besar.


"Bayangkan perasaan ketika itu apabila kami sudah biasa dengan pendapatan mencecah ribuan ringgit ditambah dengan kontena biskut yang tidak terjual, hanya Allah tempat kami menyerah.


"Pun begitu, saya tidak berputus asa. Selagi ada kudrat dan ilmu memasak serta sentiasa dikurniakan ilham dan idea, saya tetap teruskan," katanya.


Namun semua ini tidak akan berjaya tanpa kekuatan mental dan fizikal serta dorongan suami. Noraini percaya setiap yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya.


Perancangan pada masa depan adalah ingin mengembangkan perniagaan pada tahap yang lebih tinggi dan global. Ia perniagaan keluarga justeru Noraini mahu seluruh keluarga sama-sama membantu memberikan yang terbaik untuk perniagaan Noraini's Cookies.


Malah keputusan ketiga-tiga anak lelakinya yang sanggup meninggalkan kerjaya masing-masing bagi menguruskan perniagaan nyata keputusan yang sangat membanggakan

Metro
2010/05/25

"REZEKI" rezeki bukannya datang bergolek, kita sebagi umat perlu berusaha dengan kudrat yang telah diberikan oleh Allah. Kejayaan juga bukannya dapat dicapai dengan jalan yang singkat, 24 tahun bukannya satu jangka masa yang pendek. Sekarang ni ramai umat yang inginkan kekayaan dengan jalan yang mudah dan cepat sebab tu ramai tertipu dengan janji yang diberi. Bila dah kena barulah nak bising, nak saman itu dan ini. Jadi sama-samalah kita renungkan kejayaan yang dirais oleh Pn Noraini ini dan sama-sama kita doakan yang terbaik untuk mereka selalu berusaha untuk kebaikan. Amin.....renung-renungkanlah...........
G-HAIR

MUADZAM SHAH: Seorang pemuda meninggal dunia penuh azab apabila tubuhnya bukan rentung, malah terputus dua akibat terkena renjatan elektrik ketika dipercayai cuba mencuri kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sebuah pencawang elektrik di Felda Keratong 9 di sini, kelmarin.

Keadaan mayat mangsa berusia 20 tahun itu amat mengerikan dengan separuh badan daripada paras pinggang ke bawah tersangkut pada talian elektrik setinggi 3.5 meter di pencawang itu.


Sebahagian lagi tubuh mangsa termasuk kepala, rentung dan terjatuh di bawah tiang talian elektrik berkenaan ketika ditemui penduduk kira-kira jam 11 malam.


Menurut Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah, Pegawai Bomba Rahmat Omar, pihaknya menerima panggilan menurunkan mayat mangsa tergantung pada tiang elektrik berkenaan kira-kira jam 11.30 malam.


Katanya, tujuh anggota dengan sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan mereka mengambil masa hampir setengah jam menurunkan mayat terbabit yang sudah terputus dua.


“Berdasarkan maklumat, mayat mangsa ditemui penduduk yang melalui tempat kejadian berikutan pencawang TNB itu terletak di persimpangan masuk Felda berkenaan dan Felda Keratong 10.


“Usaha menurunkan sebahagian tubuh mangsa juga dibantu kakitangan TNB yang memutuskan bekalan elektrik terlebih dulu,” katanya, semalam.


Menurutnya, disebabkan kejadian itu penduduk di Felda berkenaan termasuk sebahagian bandar ini bergelap hampir sejam sebelum bekalan disambung semula selepas kerja menurunkan mayat mangsa selesai.


“Mayat mangsa dipercayai penagih dadah dihantar ke Hospital Muadzam Shah (HMS) untuk tindakan lanjut,” katanya.(Metro 25.5.2010)


Tidak kira tempat,masa, keadaan dan jantina kalau sudah sampai ajalnya tidak akan di tangguhkan walaupun sesaat. Inilah yang berlaku kepada sahabat kita yang MATI dalam keadaan yang mengerikan. Kedatangan yang berniat tidak baik tanpa memikir risiko yang akan datang mereka ni sanggup melakukan apa saje agar datang melangsaikan naluri yang terdesak. Kalau sudah DIJEMPUT seperti ini adakah langsai apa yang dihajatinya........renung-renungkanlah.....

G-HAIR

SELAYANG: Belum pun reda isu anak dara kita dilarikan lelaki Lombok, kini muncul pula kelompok gadis ‘parasit’ dari tanah seberang yang kepingin bersuamikan lelaki dari negara ini sebagai jaminan untuk menikmati hidup mewah sehingga sanggup menggunakan sindiket nikah haram untuk mengikat lelaki tempatan.

Kebanyakan gadis gedik itu menggelarkan kegiatan mereka sebagai ‘kerja lerong’ dengan mereka menyasarkan lelaki tempatan yang agak berusia dan berpendapatan lumayan untuk digoda sebelum diajak berkahwin menggunakan khidmat sindiket yang dianggotai kalangan warga asing.


Lebih menggemparkan, gadis ‘gila jantan’ terbabit dinikahkan satu sindiket yang diupah konco lerong itu bagi memudahkan mereka mengikis harta dan boleh bermewah di negara ini.


Kegiatan tidak bermaruah itu menyebabkan ramai lelaki tempatan yang sudah berumah tangga menjadi gila bayang sehingga sanggup mengabaikan isteri dan anak-anak hanya gara-gara penangan cinta ‘cewek’ dari seberang.


Perkara itu didedahkan seorang isteri yang menderita selepas suami yang dikahwini sejak 24 tahun lalu tiba-tiba kemaruk untuk berkahwin dengan gadis seberang hanya selepas perkenalan singkat.


Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Salma, 40, berkata dia tidak hanya ditinggalkan suami, malah dipukul hampir saban hari hanya kerana suaminya itu tergila-gilakan seorang gadis dari Jawa.


“Sebelum ini, saya bahagia bersama suami lantaran sudah mendirikan rumah tangga selama 24 tahun. Dia suami yang penyayang dan sentiasa menjaga kebajikan saya serta empat anak kami. Hidup saya sangat bahagia sebelum kehadiran gadis durjana itu,” katanya.


Dia berkata, suaminya yang bekerja sebagai pemandu bas di ibu kota sebelum ini berkenalan dengan seorang gadis berasal dari Pulau Jawa dikenali sebagai Sumarni.


“Kehadiran Sumarni membawa bencana dalam hidup kami anak-beranak apabila suami mula melupakan tanggungjawab. Dia kerap tidak pulang ke rumah, malah lebih menyedihkan selalu ‘naik tangan’ ke atas saya sedangkan sebelum ini saya tidak pernah dikasari.(Metro 25.5.2010)


"CINTA" itulah ungkapan yang sesuai bagi mentelaah topik ini, adakah cinta yang sebenarnya? Kalau di pandang dari pespektif lain macam mereka ni mencari kemewahan dunia dengan jalan yang mudah tanpa peduli hak orang lain dan lelaki normal mana yang boleh tahan dengan gedik gadis putih gebu yang menggoda. Harus diingat hidup hanya sekali dan mungkin dengan ungkapan mereka berani melakukan apa yang tidak sepatutnya. Kalau ikutkan dari bacaan ramai yang kecundang di tengah jalan baik lelaki atau perempuan itu sendiri. Allah melihat apa yang kamu lakukan....renung-renungkanlah.....

G-HAIR

PETALING JAYA: Segelintir pelajar dikesan semakin kemaruk memakan pil khayal terkenal dengan jolokan ‘Pil Raja’ atau Pil Sedap’ berikutan ia mampu memberi igauan seks ketika bermimpi selain merangsang remaja membunuh diri.

Namun, agak menakutkan pil terbabit dikenali sebagai pil dexstrometorfon dan hanya digunakan untuk merawat pesakit batuk kering mampu membunuh golongan remaja jika diambil berterusan dengan jumlah banyak.


Bagaimanapun, tindakan segelintir pemilik kedai ubat berlesen menjual pil itu pada harga semurah 50 sen sebiji menyebabkan gejala tidak sihat itu mudah merebak di kalangan pelajar yang menjadikannya sebagai bahan rangsangan.


Dalam kes terbaru, sebuah kedai ubat berlesen di Damansara, di sini diserbu sepasukan pegawai penguat kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas dikesan menjalankan kegiatan menjual pil terbabit kepada pelajar.


Sumber bahagian Penguat kuasa Farmasi berkata, dalam serbuan kira-kira jam 3 petang minggu lalu itu, pihaknya melakukan pemeriksaan mengejut ke kedai berkenaan dimiliki seorang wanita tempatan berusia 30-an Menurutnya, walaupun mulanya dia tidak mengaku menjual pil psikotropik berkenaan, namun semakan buku rekod kedai itu mendapati ia tidak dikemas kini dengan sempurna.


“Malah, peniaga berkenaan sebelum ini pernah dikesan membeli puluhan ribu biji pil khayal berkenaan tetapi tiada rekod ke mana pil itu diedar atau dijual.


“Apabila disoal, wanita terbabit gagal memberi penjelasan,” katanya.


Menurutnya, pil psikotropik mempunyai kesan sama seperti pil Nospan menjadi buruan remaja sekolah yang mula berjinak-jinak dunia penagihan dadah.


“Bagaimanapun siasatan lanjut menemui pek pil berkenaan siap dibungkus 300 biji setiap satu dipercayai untuk diedarkan kepada ‘orang tengah’ bertindak sebagai pengedar pil khayal itu.

“Hasil pemeriksaan lebih sejam itu, pegawai penguat kuasa Farmasi merampas 5,000 biji pil khayal berkenaan,” katanya.


Menurutnya, kes terbabit akan disiasat mengikut Akta Racun dan jika sabit kesalahan pemilik premis berkenaan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.


“Berdasarkan siasatan, golongan pelajar membeli antara lima hingga 10 pil terbabit dengan 50 sen sebiji.


“Mereka biasanya menelan pil antara lima hingga 10 biji sekali gus bagi mendapatkan kesan khayal dan rangsangan diingini,” katanya.(Metro 24.5.2010)


Makin hari makin banyak benda-benda baru yang keluar dan makin lama makin tinggi teknologi yang dihasilkan. Oleh yang demikian tidak hairanlah makin hari makin berlambak ubat-ubatan yang diluluskan ataupun yang underground timbul di permukaan bumi yang mendapat permintaan tinggi dari segenap lapisan masyarakat tidak kira tua muda. Sekali banyak mendapat permintaan selagi banyak di keluarkan, mana tidak sekarang duit yang penting tanpa fikir dosa dan pahala dengan kata lain 'MATI'....renung-renungkanlah.......

G-HAIR

KUANTAN: “Kejadian itu berlaku begitu pantas dan dalam sekelip mata saja sebuah kereta dipandu laju merempuh Najihah menyebabkan genggaman tangannya terlepas dari tangan saya sebelum diseret sejauh kira-kira 100 meter,” kata Nurfazlinda Wahab, 15, sepupu kepada Nurul Nor Najihah Zamri, 12, yang maut dalam kemalangan ngeri di Kampung Peramu di sini, malam kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam ketika mangsa berpimpin tangan bersama sepupunya untuk melintas menuju ke gerai burger di seberang jalan sebelum mangsa dirempuh sebuah kereta jenis Proton Iswara.


Lebih menyayat hati apabila mangsa turut diseret sejauh kira-kira 100 meter dan kejadian itu disaksikan ibu mangsa yang bekerja di kedai makan berhampiran tempat kejadian.


Fazlinda berkata, sebelum kejadian, mangsa merengek mahu membeli burger dan dia bersetuju menemaninya pergi ke gerai burger tidak jauh dari kedai makan tempat ibunya bekerja.


“Saya juga bersetuju menemani dia berjumpa ibunya untuk mengambil minuman selepas membeli burger,” katanya ketika ditemui Harian Metro di kediaman mangsa di sini, malam kelmarin.


Katanya, ketika hendak melintas jalan, mangsa berjalan di depan sambil dia memimpin tangannya sebelum sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 30-an merempuh dan menyeret mangsa.


“Saya hanya mampu menjerit sambil mengejar kereta terbabit sebelum ia berhenti dan ibu Najihah yang melihat kejadian itu turut menjerit dan berlari menuju ke arah kereta terbabit.


“Pemandu kereta berkenaan kemudian turun dan melarikan diri ke balai polis berhampiran sejurus melihat arwah berada di bawah keretanya dalam keadaan parah di muka,” katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.


Katanya, mangsa yang tidak sedarkan diri dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, namun gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan. Sementara itu, abang mangsa, Mohd Hanafi, 19, berkata mangsa anak bongsu daripada lima beradik dan seorang yang periang dan suka berceloteh.

“Namun, sejak Khamis lalu, mangsa berkelakuan pelik apabila tiba-tiba mengajak sepupunya menziarahi kubur arwah bapa dan mereka pergi ke sana tiga hari berturut-turut.


“Saya agak pelik dengan perubahan sikap arwah itu, namun tidak menyangka ia petanda yang arwah akan pergi untuk selama-lamanya,” katanya.


Hanafi berkata, dia terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab lelaki yang melanggar adiknya itu kerana tidak berusaha membantu mengeluarkan mangsa dari bawah keretanya sebaliknya melarikan diri.


Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Peramu di sini, kira-kira jam 10 pagi semalam. (Metro 24.5.2010)


Allah s.w.t telah menentukan kepada manusia beberapa perkara dan anataranya adalah bila kita akan mati dan bagaimana kita akan maeninggal. Semua yang ditentukan kita tidak tahu bila, bagaimana dan di mana kita meninggal. Itu semua telah ditentukan jadi selalulah kita ingatkan 'MATI'.......renung-renungkanlah......

G-HAIR

KUALA TERENGGANU: Hanya kerana mahu menutup malu keluarga selepas anaknya dirogol dan mengandung anak luar nikah, seorang bapa sanggup mengahwinkan anak gadisnya itu dengan perogol terbabit, walaupun menyedari tindakannya itu bakal menjerat diri.

Ternyata, tindakannya itu tidak menyelesaikan masalah berkenaan, malah menyebabkan mangsa fobia dan trauma akibat dirogol selain terpaksa berdepan perogolnya yang juga suaminya.


Untuk memastikan dirinya tidak diganggu, mangsa sanggup menyembunyikan diri kerana takut berdepan suaminya itu.


Lebih malang, mangsa juga terpaksa menanggung malu bersendirian selepas pelbagai tohmahan dilemparkan jiran kerana mendakwa dirinya gadis liar dan mengandung anak haram.


Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai sebagai Nor, 19, ketika ditemui berkata, peristiwa hitam itu berlaku pada penghujung 2007 ketika dia berusia 16 tahun dan masih di bangku sekolah.


Menurutnya, dia tidak menyangka dirinya diperangkap rakan baiknya sendiri yang mengundangnya untuk minum petang di rumah sebelum khayal dan tidak menyedari dirinya menjadi korban lelaki bernafsu binatang itu.


Menceritakan semula peristiwa hitam menimpa dirinya itu, Nor berkata, selepas pulang dari sekolah, rakannya mengajaknya ke rumahnya untuk minum selain memujuk dia menemaninya kerana orang tuanya tiada di rumah.


Katanya, ketika di rumah rakannya, dia dihidangkan minuman dan selepas meminumnya kepalanya pening, pandangannya gelap dan tidak sedarkan diri.


Nor berkata, selepas beberapa jam dan terjaga daripada pengsan, dia terkejut apabila tubuhnya yang tidak berpakaian terbaring di atas katil dalam bilik tidur rakannya itu.

“Selepas itu, baru saya sedar diri dirogol seorang lelaki yang juga teman rakan yang berada di dalam rumahnya itu dan lebih mengejutkan apabila rakan baik dan lelaki itu hanya buat selamba apabila saya bertanyakan apa berlaku kepada diri saya.


“Kerana kecewa diperlakukan sedemikian saya pulang ke rumah dan kejadian itu saya rahsiakan daripada pengetahuan keluarga.


“Ketika itu hati saya hancur dan percaya diri saya diperangkap apabila minum minuman dicampur sesuatu yang mengkhayalkan,” katanya.


Menurutnya, kejadian itu terbongkar selepas keluarganya perasan perubahan pada tubuhnya yang mengandung. (metro 24.5.2010)


Salah sangka dengan tajuk utama...apa yang saya fikirkan adalah sumainyea merogol dirinya. Rupa-rupanya tidak, kejadian sebegini berlaku ekoran dari sikap remaja zaman sekarang yang makin lupa asal-usul mereka malah ibubapa juga harus ambil berat tentang perkara ini. Ibu dan bapa sering letakkan di barisan hadapan dalam menangani siu-isu seperti ini kerana ibubapa lah yang paling rapat dalam paling banyak masa dengan anak-anak.....renung-renungkanlah.......

G-HAIR
KEPONG: Gerak hati yang kurang tenteram ketika sedang memandu ke pejabat menyebabkan seorang lelaki mengambil keputusan berpatah balik untuk menjenguk keadaan isterinya di rumah.

Tindakan itu bagaimanapun membongkar rahsia skandal seks isteri yang dinikahinya hampir setahun lalu bersama seorang lelaki lain.

Lebih geram, hati suami mana tidak hancur luluh apabila menyaksikan dengan mata sendiri isteri sedang berasmara dengan lelaki lain dalam bilik tidurnya sendiri.

Perbuatan curang wanita itu dilakukan tanpa menyedari dia sedang diperhatikan suaminya yang meninjau secara diam-diam dalam kejadian di sebuah pangsapuri di sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, suami berusia 30-an berkenaan berpatah balik ke rumahnya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja apabila berasakan ada sesuatu tidak kena di rumahnya.

Sumber polis memberitahu, ketika tiba di rumah, wanita itu sedang mandi menyebabkan dia tidak menyedari kepulangan suaminya.
KEPONG: Gerak hati yang kurang tenteram ketika sedang memandu ke pejabat menyebabkan seorang lelaki mengambil keputusan berpatah balik untuk menjenguk keadaan isterinya di rumah.

Tindakan itu bagaimanapun membongkar rahsia skandal seks isteri yang dinikahinya hampir setahun lalu bersama seorang lelaki lain.

Lebih geram, hati suami mana tidak hancur luluh apabila menyaksikan dengan mata sendiri isteri sedang berasmara dengan lelaki lain dalam bilik tidurnya sendiri.

Perbuatan curang wanita itu dilakukan tanpa menyedari dia sedang diperhatikan suaminya yang meninjau secara diam-diam dalam kejadian di sebuah pangsapuri di sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, suami berusia 30-an berkenaan berpatah balik ke rumahnya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja apabila berasakan ada sesuatu tidak kena di rumahnya.

Sumber polis memberitahu, ketika tiba di rumah, wanita itu sedang mandi menyebabkan dia tidak menyedari kepulangan suaminya.

"Lelaki itu terus masuk ke bilik tidurnya, namun terkejut apabila mendapati semua gambar perkahwinannya tiada di tempat biasa, dipercayai disembunyikan isterinya.

"Curiga dengan perubahan itu, suami berkenaan bersembunyi dalam bilik bersebelahan sebelum seorang lelaki tidak dikenali memasuki rumahnya tidak lama selepas itu lalu disambut mesra isteri durjana terbabit," katanya.

Bagaimanapun, ketika asyik bermesra dengan kekasih gelapnya, wanita berusia lingkungan 30-an terbabit terpandang kereta suaminya di tempat letak kenderaan di bawah pangsapuri itu.

Bagi mendapatkan kepastian, wanita terbabit segera menghubungi suaminya bertanyakan dia berada di mana selain bertanyakan sama ada sudah ke pejabat.

Namun, si suami yang sedang bersembunyi dalam bilik bersebelahan terlebih dulu mengaktifkan mod senyap pada telefon bimbitnya dan menjawab SMS isterinya dengan menyatakan dia pergi kerja dengan menumpang kereta rakan sepejabatnya.

Lega dengan jawapan suami, wanita terbabit menyambung semula aksi seks bersama kekasih Serani dipercayai bukan Islam tanpa menyedari tingkah laku kedua-dua mereka sedang diperhatikan.

"Si suami kemudian menyusup keluar rumah selepas melihat perbuatan keji isterinya sebelum mengunci pintu kediamannya dari luar dan segera memaklumkan kepada jiran dan polis bagi membantu memberkas pasangan berkenaan.

"Sejurus menerima maklumat, anggota polis daripada Unit Kereta Peronda (MPV) bergegas ke tempat kejadian sebelum menahan kedua-dua pasangan gelap itu sebelum membawa mereka ke balai polis bagi membantu siasatan," katanya.

Suami terbabit membuat laporan di Balai Polis Desa Jaya di sini. (Metro 20 mei 2010)

Allahuakbar...tak hairan kalau perkara seperti ini berlaku, gerak hati itu adalah dari Allah yang Maha Mengetahui apa sekali pun yang terjadi di dunia ini. Tak usah kita sembunyi dari pengetahuanNya. selalunya orang buat benda yang terlarang lambat laung terbongkar juga akhirnya....renung-renungkanlah...
G-HAIR
KUALA TERENGGANU: Dia bukan saja kemaruk berpoligami hingga memiliki 27 anak hasil 11 perkahwinan, malah turut mengamalkan amalan jijik dengan memaksa isteri minum air kencingnya supaya menuruti segala perintahnya, selain amalan menjadikan anak dara sebagai koleksi terbaru teman hidupnya.
Lebih mengejutkan, lelaki berusia 52 tahun yang didakwa memiliki ilmu memikat wanita itu turut bersikap pelik apabila kerap bertukar isteri ketiga dan keempat seperti menukar baju, malah ada antara mereka hanya seminggu bergelar isteri sebelum diceraikan.(metro 21 mei 2010)

Inilah yang dikatakan kehidupan dunia, berbagai-bagai citarasa yang digambarkan dalam kehidupan. Mereka merasakan kehidupan hanya di sini saje mereka lupa masih ada lagi kehidupan selepas mati. Hanya kerana nafsu macam boleh terjadi yang hitam boleh jadi putih dan yang putih boleh jadi hitam.....renung-renungkanlah...
G-HAIR
MINGGU lalu, seorang lelaki berusia 59 tahun dihadapkan ke Mahkamah Persekutuan di Seattle, Amerika Syarikat (AS) kerana dituduh terlibat dalam perilaku seksual dengan gadis bawah umur di Kemboja Januari lalu.

Berdasarkan afidavit kes yang dilaporkan media tempatan itu, siasatan ke atas Craig Thomas Carr bermula sejak Disember tahun lalu apabila polis Kemboja dan Perancis mendapati seorang pemandu teksi di Phnom Penh yang dikenali sebagai S.M. mengiklankan di Internet bahawa dia menyediakan pelacur kanak-kanak.

KANAK-KANAK berhak menikmati kehidupan yang gembira bukan dijual atau dieksploitasi.
KEHIDUPAN kanak-kanak tidak seharusnya berakhir di jalanan.
KANAK-KANAK perlu dilindungi daripada sebarang bentuk eksploitasi seksual dan penderaan. - Gambar hiasan (kosmo rencana utama)


Inilah pengalaman dari bahan bacaan dan inilah bahan yang sering menganggu kehidupan kita sebagai seorang ibu atau pun ayah. Selalunya ibubapa lah yang lebih terasa dengan keseksaan yang di hadapi oleh anak-anak kecil kerana sifat seorang ibu dan bapa lebih mendalam kerana mereka mempunyai anak-anak yang perlu di jaga. Sikap ibubapa yang memperdagangkan anak-anak merupakan sifat yang jijik bagi kita masyarakat timur tapi hal ini lain pula berlaku di negara-negara yang agak kebelakang ekonominya malah anak-anak yang menjadi suka rela untuk membantu keluarga dengan jalan yang singkat. Syukurlah dengan kehidupan kita di Malaysia.....renung-renungkan lah....
G-HAIR

ALOR SETAR: Hanya kerana berebut buku dengan rakan sekelas, seorang murid tahun tiga sebuah sekolah rendah di Mergong di sini mendakwa menerima ‘penampar Jepun’ daripada guru muziknya sehingga tulang hidungnya retak dan berdarah, Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, hidung Muhammad Naim Sofwan Rosly mengalami pendarahan sehingga Rabu, selain mukanya turut bengkak terutama di kening kirinya.


Mangsa yang berusia sembilan tahun juga mendakwa pernafasannya tersekat akibat tamparan kuat itu.


Ketika ditemui selepas mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, Muhammad Naim Sofwan atau nama manjanya ‘Boboy’ berkata, kejadian berlaku secara tiba-tiba kira-kira jam 12.30 tengah hari, Selasa lalu.


Anak ketiga daripada lima beradik itu mengaku berebut buku dengan seorang rakannya yang sepatutnya dihantar kepada guru berkenaan yang naik minyak lalu menamparnya dua kali.


Berikutan sakit dan pening, Muhammad Naim yang mendakwa sakit serta pening, diberi amaran oleh guru berkenaan supaya tidak memberitahu ibu bapanya mengenai kejadian itu dan setibanya di rumah, dia terus tidur sehingga petang.


Kekadang kita juga perlu fikir kenapa boleh berlaku perkara sebegini sedangkan cikgu yang disanjung oleh masyarakat menunjukkan sesuatu yang di luar normal sebagai seorang guru dan kita juga perlu fikir adakah dengan penampar akan menyebabkan retak tulang atau rekaan semata-mata. kehidupan institusi pendidikan sekarang tidak seperti dulu...dan mungkin juga hasilnya tidak seperti dulu lagi.....renung-renungkan lah....

G-HAIR
Makin hari makin tua dah kita dan makin hari makin besar dugaan yang perlu kita hadapi. Sama ada kita kanak-kanak....sama ada kita bujang....sama ada kita dah berumahtangga....sama ada kita dah ada anak...anak2 yang masih kecil anak2 remaja yang sudah pasti banyak liku2 kehidupan di dunia yang penuh helah yang tidak menentu....anak2 yang meningkat dewasa...macam-macam lagi kehidupan yang kita semua perlu hadapi sebelum berakhirnya hayat kita iaitu 'MATI'.
Pernahkah anda terfikir tentang mati. kehidupan sebelum mati macam-macam dugaan yang ada dan yang kita hadapi sendiri...pengalaman dari bahan bacaan kita....pengalaman dari apa yang kita dengar dari keluarga, rakan-rakan atau dari apa yang kita lihat. semua ini akan menjadi pengalaman hidup untuk kita menghadapi sebarang dugaan yang perlu kita tempuhi supaya semua dugaan itu akan menjadi ilmu yang mematangkan kita semua.
Saya sekarang makin memikirkan kehidupan hari esok dengan anak2 yang makin membesar,entah apakah dugaan yang akan mereka hadapi, segala dugaan kadang-kadang datang dengan tidak di duga, yang penting semua dugaan itu kita perlu cari penyelesaian yang terbaik dunia dan akhirat. walau apa sekali pun dugaan yang datang kita perlu ' Think Positif' yang penting Allah sentiasa bersama kita dalam apa jua yang kita hadapi kembalilah kepada Nya agar kehidupan kita bahagia dan selamat hingga akhir hayat...Insa'Allah.
Related Posts with Thumbnails