G-HAIR

MUADZAM SHAH: Seorang pemuda meninggal dunia penuh azab apabila tubuhnya bukan rentung, malah terputus dua akibat terkena renjatan elektrik ketika dipercayai cuba mencuri kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sebuah pencawang elektrik di Felda Keratong 9 di sini, kelmarin.

Keadaan mayat mangsa berusia 20 tahun itu amat mengerikan dengan separuh badan daripada paras pinggang ke bawah tersangkut pada talian elektrik setinggi 3.5 meter di pencawang itu.


Sebahagian lagi tubuh mangsa termasuk kepala, rentung dan terjatuh di bawah tiang talian elektrik berkenaan ketika ditemui penduduk kira-kira jam 11 malam.


Menurut Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah, Pegawai Bomba Rahmat Omar, pihaknya menerima panggilan menurunkan mayat mangsa tergantung pada tiang elektrik berkenaan kira-kira jam 11.30 malam.


Katanya, tujuh anggota dengan sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan mereka mengambil masa hampir setengah jam menurunkan mayat terbabit yang sudah terputus dua.


“Berdasarkan maklumat, mayat mangsa ditemui penduduk yang melalui tempat kejadian berikutan pencawang TNB itu terletak di persimpangan masuk Felda berkenaan dan Felda Keratong 10.


“Usaha menurunkan sebahagian tubuh mangsa juga dibantu kakitangan TNB yang memutuskan bekalan elektrik terlebih dulu,” katanya, semalam.


Menurutnya, disebabkan kejadian itu penduduk di Felda berkenaan termasuk sebahagian bandar ini bergelap hampir sejam sebelum bekalan disambung semula selepas kerja menurunkan mayat mangsa selesai.


“Mayat mangsa dipercayai penagih dadah dihantar ke Hospital Muadzam Shah (HMS) untuk tindakan lanjut,” katanya.(Metro 25.5.2010)


Tidak kira tempat,masa, keadaan dan jantina kalau sudah sampai ajalnya tidak akan di tangguhkan walaupun sesaat. Inilah yang berlaku kepada sahabat kita yang MATI dalam keadaan yang mengerikan. Kedatangan yang berniat tidak baik tanpa memikir risiko yang akan datang mereka ni sanggup melakukan apa saje agar datang melangsaikan naluri yang terdesak. Kalau sudah DIJEMPUT seperti ini adakah langsai apa yang dihajatinya........renung-renungkanlah.....

0 Responses

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails