SATU KEPALA...Jupe menjadi artis terbaru bernaung di bawah syarikat Inul.
"Saya berdoa Yusuf Ivander menjadi anak yang pintar dan mampu meneruskan bisnes keluarga, tapi tidak perlu menjadi artis," katanya.
Inul membuat kenyataan itu ketika meraikan tetamu yang datang untuk menyambut ulang tahun pertama anaknya di rumah mereka di Pondok Indah, Jakarta Selatan.
Inul, 31, mencipta populariti pada 2003 dan melakar status tersendiri sebagai penyanyi dengan identiti khasnya - Goyang Inul atau Gerudi.
Sejak mempamerkannya kepada umum, aksi gelek itu terus melekat dan sinonim kepadanya.
Inul lahir dengan nama Ainur Rokhimah dan kini bersuamikan Adam Susilo. Sebelum dangdut, Inul menjadi penyanyi sebuah kumpulan rock.
Selain menjadi penyanyi, kini Inul mengembangkan empayarnya dengan membuka sebuah syarikat pengurusan artis Indonesia.
Kata Inul, untuk sementara ini masanya lebih banyak ditumpukan kepada mengurus 'artis' yang paling istimewa dalam hidupnya, iaitu Yusuf Ivander.
Justeru, katanya, sejak 19 Mei tahun lalu, dia terpaksa mengurangkan aktiviti menyanyi dan leka memerhatikan anaknya itu membesar.
Katanya, setiap hari ada saja perlakuan Yusuf Ivander yang menghiburkan, menyebabkan dia terus mahu melihat perkembangannya dari semasa ke semasa.
"Jika perlu pun, saya membuat pemilihan teliti sebelum menerima sebarang tawaran menyanyi," katanya.
Sementara itu, mengenai dunia di belakang tabirnya, Inul berkata, dia berazam menjadikan syarikat itu benar-benar berjaya.
"Saya tak suka buat kerja separuh jalan," katanya.
Apabila mula beroperasi, artis pertama yang bernaung di bawahnya adalah selebriti muda dan seksi, Sheila Marcia.
Bagaimanapun, kerjasama mereka berakhir baru-baru ini apabila Inul enggan menyambung kontrak Sheila yang berakhir sebulan dua lagi.
Baru melahirkan anak luar nikah selepas dibebaskan dari penjara, Sheila diketepikan atas beberapa faktor.
Antaranya, kerugian besar ditanggung Inul ketika mahu mempromosi single Sheila, Damai Bersamamu.
Semuanya gara-gara Sheila, 20, disahkan hamil (hasil hubungan seks dengan penyanyi kumpulan Drive, Anji) dan keadaan diburukkan dengan pelaksanaan hukuman penjara kerana mengambil dadah.
Dia melahirkan bayi perempuan, nama Leticia Charlotte Agraciana Joseph, pada 24 Februari lalu dan mengumumkan rancangannya untuk tidak berkahwin dengan bapa biologi bayi itu.
Kata Inul, kerugian dialami syarikatnya hampir 100 peratus kerana promosi berkenaan langsung tidak berjalan.
Namun, rezeki Inul nampaknya terus subur.
Terbaru, Julia Perez (Jupe) pula bernaung di bawah syarikat berkenaan selepas meninggalkan syarikat lamanya, Le Moesiek, yang dimiliki bekas anggota kumpulan Ratu, Maia Estianty, Le Moesiek. Jupe, 29, memberi alasan dia serasi dengan Inul, selain mahu mencipta nama sehebat penyanyi dangdut itu.
Kata Inul, gembira dengan perkembangan syarikatnya, dia berazam mahu menjadi menjayakan bidang itu secara profesional.
"Sama ada sebagai penyanyi atau sekadar di belakang tabir, saya sentiasa mahu semuanya dijayakan dengan cemerlang," katanya. Metro 2010/05/25
Inilah yang dikatakn lumrah dunia, tidak ada seorang pun manusia ingin memilih jalan yang tidak elok untuk dirinya atau keturunannya. Mereka sering mencari yang terbaik dalam menempuh perjalanan hidup. Sama juga dalam memilih pasangan hidup sudah pasti bila ditanya seseorang tentang jodoh mereka inginkan yang terbaik untuk dirinya dan adakah pernah mereka terfikir dirinya itu yang terbaik untuk orang lain. Mereka juga inginkan zuriat yang baik-baik dan adakah mereka pernah terfikir dirinya itu adalah idola yang terbaik untuk zuriatnya....renung-renungkanlah......
Post a Comment