KUALA TERENGGANU: Hanya kerana mahu menutup malu keluarga selepas anaknya dirogol dan mengandung anak luar nikah, seorang bapa sanggup mengahwinkan anak gadisnya itu dengan perogol terbabit, walaupun menyedari tindakannya itu bakal menjerat diri.
Untuk memastikan dirinya tidak diganggu, mangsa sanggup menyembunyikan diri kerana takut berdepan suaminya itu.
Lebih malang, mangsa juga terpaksa menanggung malu bersendirian selepas pelbagai tohmahan dilemparkan jiran kerana mendakwa dirinya gadis liar dan mengandung anak haram.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai sebagai Nor, 19, ketika ditemui berkata, peristiwa hitam itu berlaku pada penghujung 2007 ketika dia berusia 16 tahun dan masih di bangku sekolah.
Menurutnya, dia tidak menyangka dirinya diperangkap rakan baiknya sendiri yang mengundangnya untuk minum petang di rumah sebelum khayal dan tidak menyedari dirinya menjadi korban lelaki bernafsu binatang itu.
Menceritakan semula peristiwa hitam menimpa dirinya itu, Nor berkata, selepas pulang dari sekolah, rakannya mengajaknya ke rumahnya untuk minum selain memujuk dia menemaninya kerana orang tuanya tiada di rumah.
Katanya, ketika di rumah rakannya, dia dihidangkan minuman dan selepas meminumnya kepalanya pening, pandangannya gelap dan tidak sedarkan diri.
Nor berkata, selepas beberapa jam dan terjaga daripada pengsan, dia terkejut apabila tubuhnya yang tidak berpakaian terbaring di atas katil dalam bilik tidur rakannya itu.
“Selepas itu, baru saya sedar diri dirogol seorang lelaki yang juga teman rakan yang berada di dalam rumahnya itu dan lebih mengejutkan apabila rakan baik dan lelaki itu hanya buat selamba apabila saya bertanyakan apa berlaku kepada diri saya.
“Kerana kecewa diperlakukan sedemikian saya pulang ke rumah dan kejadian itu saya rahsiakan daripada pengetahuan keluarga.
“Ketika itu hati saya hancur dan percaya diri saya diperangkap apabila minum minuman dicampur sesuatu yang mengkhayalkan,” katanya.
Menurutnya, kejadian itu terbongkar selepas keluarganya perasan perubahan pada tubuhnya yang mengandung. (metro 24.5.2010)
Salah sangka dengan tajuk utama...apa yang saya fikirkan adalah sumainyea merogol dirinya. Rupa-rupanya tidak, kejadian sebegini berlaku ekoran dari sikap remaja zaman sekarang yang makin lupa asal-usul mereka malah ibubapa juga harus ambil berat tentang perkara ini. Ibu dan bapa sering letakkan di barisan hadapan dalam menangani siu-isu seperti ini kerana ibubapa lah yang paling rapat dalam paling banyak masa dengan anak-anak.....renung-renungkanlah.......
Post a Comment