G-HAIR

PUTRAJAYA: Dua beranak ditahan di sebuah kondominium di Puchong, dekat sini, kerana menawarkan khidmat urut badan ke badan kepada pelanggan lelaki ketagih seks beberapa hari lalu, mengaku menggunakan ‘wang panas’ hasil kerja haram itu bagi menjamu jemaah masjid di Petaling Jaya, pada setiap Jumaat.

Pengakuan mengejutkan ibu dan anak masing-masing berusia 45 dan 25 tahun itu didedahkan selepas mereka ditahan dalam serbuan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di kondominium milik wanita terbabit yang turut digunakan bagi menawarkan pakej seks dan urut badan ke badan selepas Maghrib sehingga tengah malam.

Wanita terbabit ditahan selepas dikesan sedang menawarkan pakej khas membabitkan seks dan urut ghairah berkenaan kepada seorang pelanggan yang juga kakitangan kerajaan berusia 30-an, kira-kira jam 12 tengah malam.

Ketika disoal siasat, mereka mengaku meraih keuntungan lumayan antara RM150 hingga RM300 bagi setiap khidmat urut istimewa mengikut pakej disajikan kepada pelanggan kebanyakannya menghadapi masalah rumah tangga atau lelaki ketagih seks. Setiap hari, dua beranak dipercayai melayan beberapa pelanggan.

Malah, lebih mengejutkan si ibu mengaku kepada pegawai penguat kuasa Jais, bahawa mereka menggunakan wang hasil urut dan seks istimewa itu di jalan baik, iaitu dengan bersedekah dan menjamu jemaah masjid kononnya bagi menghapuskan dosa maksiat yang dilakukan bersama anaknya.

Ibu tunggal itu membuat pengakuan pelik kepada Pengarah Perancangan dan Strategik Jais, Shahrom Maarop, yang turut serta dalam serbuan di rumahnya didapati turut menyediakan bilik khas bagi memudahkan dua beranak itu melayan pelanggan.

Tidak ada manusia yang ingin menempah tiket ke neraka sebab mereka tahu neraka itu tempat yang paling seksa disediakan oleh Allah kepada umatnya yang ingkar. Jika di tanya kepada anak sekali kecil pun sudah pasti jawapan mereka berikan sama dengan apa yang di jawap oleh orang dewasa berkenaan dengan neraka. Malah semua agama diatas muka bumi ini meletakkan umatnya dengan neraka dan syurga. hati-hati jika ingin melakukan sesutau kerja....renung-renungkan lah...
0 Responses

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails