SUNGAI PETANI: “Perbuatan kamu ini umpama haruan makan anak dan ibarat harapkan pagar, pagar makan padi,” kata Hakim Mahkamah Sesyen, Rusita Md Lazim ketika menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 12 sebatan terhadap lelaki berusia 49 tahun yang didapati bersalah merogol anak kandungnya pada 2002 hingga 2008.
BERSALAH...tertuduh diiring di Mahkamah Sesyen Sungai Petani, semalam.
Tertuduh, bekas pengawal keselamatan didakwa melakukan perbuatan itu di rumahnya di Kupang, Baling, mulai 2002 hingga 2008.
Tertuduh berusia 42 tahun manakala anak perempuannya berusia tujuh tahun ketika kejadian pertama berlaku ditahan pada 7 Mei 2008 selepas mangsa yang pada masa itu berusia 13 tahun membuat laporan di Balai Polis Kupang bersama keluarganya.
Rusita berkata, pendakwa berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan mendapati tertuduh bersalah kerana merogol dan melakukan sumbang mahram terhadap anaknya.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfadilah Mahmud manakala tertuduh tidak diwakili peguam dan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Rusita berkata, hukuman itu setimpal dengan perbuatan tertuduh yang kejam dan tidak berperikemanusiaan terutama mangsa yang masih terlalu kecil ketika kejadian.
Gelagat manusia sebelum menemui Allah swt.. mereka lupa asal usul dirinya yang hanya sementara di atas muka bumi Allah ini. Hal ini berlaku akibat manusia itu sendiri yang telah dikawal oleh nafsunya sendiri. Apabila seseorang manusia itu lalai maka syaitan yang paling hampir dengan lubuk nafsunya, sebab tu lah tidak kita hairan apabila perkara begini berlaku sma ada kita sedari ataupun tidak......renung-renungkan lah.

Post a Comment