KOTA TINGGI: “Anak saya terdengar Danis menangis di dapur lalu bergegas ke sana untuk melihat apa yang berlaku. Ketika itu, Danis memegang setin minuman.
“Apabila ditanya mengapa dia menangis, Danis hanya menunjukkan ke arah sebotol air mineral tidak jauh dari tempat dia duduk. Menyedari Danis terminum racun, anak saya terus mencuci mulutnya beberapa kali, tapi budak itu tetap menangis sehingga dua kali dia kejang,” kata nenek kepada Nur Danis Fareel Abdul Rahman, dua tahun, yang meninggal dunia dipercayai akibat terminum cecair penggilap logam, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 11 pagi di Taman Seri Saujana di sini, nenek mangsa yang hanya dikenali sebagai Asmawati memberitahu, sejurus kejadian, dia teringat baru-baru ini anak lelakinya ada membawa pulang cecair penggilap gelang tangan dan mengesyaki Danis terminum bahan kimia berkenaan.
Selepas itu, katanya, anak perempuannya berkali-kali membilas mulut kanak-kanak berkenaan dengan air tetapi cecair terbabit mungkin sudah bertindak balas sehingga akhirnya mangsa mengalami kekejangan.
“Menyedari Danis terminum cecair beracun, saya terus meminta bantuan jiran menghantarnya ke klinik berhampiran. Ketika menerima rawatan, petugas klinik itu menghubungi polis yang kemudian memaklumkan kejadian itu kepada hospital.
“Bagaimanapun, petugas perubatan hospital yang sampai tidak lama kemudian mengesahkan cucu kesayangan saya ini sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT).
Allah swt lebih mengetahui apa yang terjadi kepada umatnya dan kita wajib redha dengan apa yang terjadi....meninggal seusia muda dan sangat di sayangi antara dugaan yang perlu kita lalui walaupun pahit untuk diterima. Alfatihah unutk adik Danis.......dari apa yang berlaku kita perlulah.....renung-renungkan lah.

Post a Comment