G-HAIR

KUALA LUMPUR: Seramai 35 lagi ulat tiket ditahan dalam operasi besar-besaran pihak berkuasa dalam usaha melumpuhkan kegiatan kumpulan berkenaan di Terminal Bas Sementara Bukit Jalil, di sini, semalam.

Daripada jumlah yang ditahan itu, 13 wanita dan sembilan warga asing yang berasal dari Indonesia, Myanmar dan Thailand.


Operasi yang bermula seawal jam 9 pagi itu dan berakhir kira-kira jam 1 tengah hari membabitkan beberapa jabatan penguat kuasa seperti Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Putrajaya, JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, JPJ Selangor, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman yang turut sama dalam operasi terbabit berkata, seorang lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dalam mengugut lima penguat kuasa JPJ baru-baru ini, turut ditahan.


Menurutnya, lelaki terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 186 dan 147 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan merusuh.


“Kami juga menahan seorang majikan atas kesalahan menggaji pekerja asing tanpa permit. Semua ulat tiket yang ditahan juga menjalani ujian air kencing, namun negatif dadah,” katanya di sini, semalam.


Abdul Rahim berkata, selepas beberapa siri operasi membanteras ulat tiket dijalankan keadaan di terminal bas sementara itu kian lancar tanpa sebarang gangguan.


Sabtu lalu, Harian Metro melaporkan lima penguat kuasa JPJ dikepung dan dipukul lebih 100 ulat tiket selepas rakan mereka ditahan.

Sepandai-pandai tupai melompat tak kemana juga arahnya, ke tanah juga akhirnya. Jika tupai-tupai ingin melompat di dahan-dahan pokok di Malaysia ini jangan diharap akan sampai terus ke julai nya.....renung-renungkan lah...

0 Responses

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails